Biografi Sri Jayanasa

Menurut I Tsing, sami Buddha Cina yang mengunjungi Srivijaya pada tahun 671 dan menetap di sana selama 6 bulan, dia kagum dengan kemurahan hati, kebaikan dan layanan yang ditunjukkan oleh Maharaja Srivijaya.[1] Maharaja yang disebut dalam laporan I Tsing kemudiannya telah dikaitkan dengan Maharaja yang disebut dalam Batu prasasti tertua Srivijaya, juga dari abad ke-7, pada tanggal 682 Masihi, Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditemui di Palembang,[2] juga difikir merujuk kepada orang yang sama.[3][4] 

Batu Bersurat Kedukan Bukit tulisan bertanggal 605 saka (683 Masihi),[5]:82–83 menyebut Maharaja yang digelar Dapunta Hyang yang dilakukan Siddhayatra (perjalanan suci) dengan kapal. Dia berangkat dari Minanga Tamwan diiringi 20,000 bala tentera menuju ke Matajap dan menguasai beberapa tempat sekitarnya. Prasasti lain yang memberitahu bahawa perjalanan Siddhayatra dan penaklukan di sekitarnya seperti Kota Kapur, ditemui di Pulau Bangka (686 Masihi), Karang Brahi ditemui di Jambi Hulu (686 Masihi) dan  Palas Pasemah ditemui di selatan Lampung, kesemuanya menyebut peristiwa yang sama.

Dari semua catatan ini, telah dibuatkan satu kesimpulan yang Dapunta Hyang menubuhkan Empayar Srivijaya setelah menewaskan musuh-musuhnya di Jambi, Palembang, Selatan Lampung dan Pulau Bangka.[6] Baginda meneruskan serangannya dengan menghantar bala tentera terhadap Bhumi Jawa yang menyumbang kepada kejatuhan Tarumanagara, Kerajaan Jawa Barat.